SEREMBAN – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad menegaskan adalah tidak wajar Kementerian Pendidikan mendapatkan pandangan bukan Islam bagi menambah baik silibus mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan. Beliau berkata, ini kerana mereka tidak memiliki kefahaman mengenai hukum dan peraturan agama tersebut berbanding orang Islam sendiri. “Apabila pesanan menerusi aplikasi WhatsApp mengenai perkara itu sampai kepada saya, saya tertanya-tanya kenapa pula bukan Islam nak tentukan macam mana hal-hal…










