Kemudahan kerajaan untuk semua kecuali tujuan politik - Utusan Malaysia

Kemudahan kerajaan untuk semua kecuali tujuan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT 21 Jun – Dasar kerajaan negeri Pakatan Harapan membenarkan kemudahan kerajaan diguna pakai oleh mana-mana pihak kecuali untuk tujuan politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri membuka peluang itu seluas-luasnya, namun jangan ada pihak yang menyalahgunakannya.

“Walaupun saya orang kerajaan Pakatan Harapan, orang UMNO bukan saya tak bagi, saya bagi tetapi untuk tujuan kebaikan. Bab pendidikan, kesihatan dan keselamatan, kita jangan politikkan, yang lain politiklah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bab pendidikan … anak orang Pas, UMNO, Keadilan, Bersatu dan Amanah hendak belajar. Kita hendak politik apa? Ingat, kita buat demi pendidikan, demi rakyat kerana Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lambor Kiri serta jamuan Aidilfitri di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Ahmad Faizal turut meluluskan peruntukan bagi pembelian kerusi dan meja serta peralatan siar raya bagi dewan sekolah berkenaan.

Terdahulu, Ahmad Faizal berkata, keperluan pembinaan dewan tersebut tercetus susulan lawatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan ke sekolah berkenaan pada tahun Disember 2014.

Ahmad Faizal berkata, ia susulan lawatan Muhyiddin bagi meninjau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan secara sementara di sekolah berkenaan ekoran bencana buruk yang menjejaskan negeri pada ketika itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini