Kempen DirectD ke atas pembelian peranti Huawei dijamin pemulangan penuh - Utusan Malaysia

Kempen DirectD ke atas pembelian peranti Huawei dijamin pemulangan penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rantaian runcit telefon Malaysia, DirectD, melancarkan kempen jaminan pelanggan ke atas pembelian peranti Huawei di mana-mana premis DirectD dan laman web rasmi.

Kempen itu menawarkan bayaran balik penuh ke atas produk Huawei jika Google Play Store, Google Apps seperti Google Maps, Gmail, YouTube, dan aplikasi popular seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp gagal beroperasi dalam tempoh setahun selepas pembelian.

DirectD beroperasi di Subang Jaya, Petaling Jaya, Publika (Kuala Lumpur), Kajang, Sungai Buloh, Wangsa Maju, Kota Bahru (Kelantan), 1 Utama, dan kedai yang akan dibuka di Kuala Terengganu (Terengganu).

Memuatkan artikel berkaitan…

DirectD mematuhi sepenuhnya dasar-dasar kawal aturan ke atas semua peranti mudah alih dan aksesori. Pelanggan dijamin bahawa semua peranti diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan dapat ditentusahkan menerusi program ‘Check Your Label’. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini