KUALA TERENGGANU – Jurulatih sementara Terengganu FC, Nafuzi Zain menyifatkan kemenangan 3-1 ke atas Kuala Lumpur pada perlawanan malam tadi amat bermakna di saat pasukan itu berdepan masalah penggantungan dan kecederaan enam pemain utama. Nafuzi berpuas hati dengan komitmen kesemua pemain terutama di bahagian pertahanan yang dibarisi pemain tempatan muda termasuk Amirzafran Wan Nadris, Muhamad Mohd Faudzi, Adib Aizudin Ab Latif dan Hafizal Mohamad yang dipinjam daripada pasukan ‘feeder club’…










