[KEMASKINI] Datuk A. Aida cerai kali keempat - Utusan Malaysia

[KEMASKINI] Datuk A. Aida cerai kali keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perkahwinan kali keempat penerbit wanita popular, Datuk A. Aida bersama pelakon muda, Ariff Aziz hanya bertahan selama sembilan bulan selepas pasangan itu sah bercerai talak satu pada 25 April lalu.

A. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 48, berkata, perceraian tersebut difailkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Menurut A. Aida, keputusan itu diambil selepas kedua-dua mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dan bersetuju untuk berpisah secara baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ajal dan jodoh adalah rahsia Allah. Tiada siapa yang mahu sebuah perkahwinan yang dibina berakhir dengan perpisahan. Saya hanya memohon semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja.

“Saya mengambil masa selama dua bulan untuk berkongsi berita ini atas dasar tanggungjawab mengelakkan fitnah dan meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya dalam nada sebak pada sidang akhbar di sini.

Turut hadir ialah peguam kepada A. Aida, Zulkifli Che Yong.

Pemilik A. Aida Production Sdn. Bhd. bagaimanapun enggan mendedahkan punca perceraian antara mereka dan menolak dakwaan kewujudan orang ketiga sebagai punca perpisahan mereka.

“Kalau sudah bercerai mesti ada masalah. Puncanya memang saya rasa kami sudah tidak boleh hidup bersama,” jawabny.

Difahamkan juga, tarikh 25 April sepatutnya menjadi tarikh resepsi perkahwinan mereka di sebuah banglo milik Aida di Janda Baik, Pahang. Namun, impian tersebut tidak kesampaian apabila bertukar menjadi tarikh perceraian.

A. Aida juga dikatakan telah membuat persiapan rapi menjelang majlis istimewa tersebut dengan melabur sejumlah wang mencecah ratusan ribu ringgit.

“Saya rasa tenang dan bahagia. Saya telah tekad untuk bercerai dan tidak menyesal dan saya juga sudah mempunyai segala-galanya. Jadi, saya reda dengan segala yang terjadi,” katanya.

Ariff, 29, merupakan suami keempat A. Aida setelah kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.

Aida sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas penyanyi kumpulan Spring iaitu Ameng pada 1994 dan bercerai pada 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Wan Az Aleesa, 22, dan Wan Azevanatassha yang kini berusia 17 tahun.

Terdahulu, Aida juga berkahwin dengan seorang pegawai polis, Suffian Sulaiman pada 2007, namun perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian pada 2013.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul berusia 10 tahun. Sebelum berkahwin dengan Suffian, Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis. – K! ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini