Kemajuan biodiesel negara perlahan - Utusan Malaysia

Kemajuan biodiesel negara perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Komitmen politik adalah penting untuk mendorong pelaksanaan segera agenda tenaga boleh diperbaharui (RE) berikutan penguatkuasaan tenaga alternatif itu dilihat semakin ketinggalan.

Penasihat Kanan Institut Penyelidikan Khazanah, Dr. Jomo Kwame Sundaram berkata, terdapat banyak sumber RE lain termasuk fotovoltaik yang mana secara amnya berharga murah, solar dan tenaga turbin.

Meskipun begitu, katanya, segmen itu tidak didorong secara global, justeru, memerlukan komitmen politik menyeluruh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas beliau, mengambil contoh Bangladesh sebagai negara miskin tetapi mengalami kesesakan lalu lintas menunjukkan kelas pertengahan diberi subsidi menggunakan motosikal.

“Berbeza dengan Malaysia yang heboh memperkatakan tentang penggunaan biodiesel tetapi kemajuannya bergerak perlahan dan pada akhirnya masih di takuk sama sedangkan di Eropah, misalnya, jika anda memandu, anda boleh mempunyai kereta yang menggunakan hanya biodiesel.

“Di Malaysia, kita masih membincangkan sama ada campuran lima peratus atau 10 peratus biodiesel terlalu banyak? Adakah kita belum belajar daripada negara lain? Jika negara lain boleh melaksanakannya, kenapa tidak kita? Saya fikir persoalannya ialah tahap komitmen pada paras tertinggi,” katanya dalam sesi World New Order sempena Persidangan Minyak dan Gas Asia (AOGC) ke-20 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau me­ngingatkan bahawa pemanasan global merupakan cabaran utama ketika ini yang memerlukan pihak berkaitan mengambil berat akan isu tersebut.

Tambah beliau, pengeluar tenaga bebas (IPP) di Malaysia misalnya menggunakan tenaga elektrik dihasilkan daripada arang batu yang mana ini merupakan tindakan terkebelakang.

“Penggunaan arang bukan sahaja tidak baik buat pemanasan global, ia juga mengeluarkan sulfite dalam jumlah tinggi dan memberi impak kepada kesihatan.

“Di Amerika Syarikat (AS), arang batu bersih digunakan tetapi di Malaysia, mereka tidak peduli tentang hal ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini