Kelantan lulus projek RM1.38 bilion - Utusan Malaysia

Kelantan lulus projek RM1.38 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan telah meluluskan pelaksanaan empat projek melibatkan pelaburan bernilai RM1.38 bilion dalam tempoh setahun lalu sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, ia melibatkan projek ternakan lembu pedaging di daerah Machang bernilai RM12.4 juta dan pembinaan pusat penyelidikan beriklim sejuk di Tanah Tinggi Lojing bernilai RM3 juta.

Beliau berkata, pelaburan ini juga termasuk projek hidroelektrik bernilai RM871 juta serta pembangunan bandar perabot di Gua Musang bernilai RM500 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga ada beberapa projek di peringkat cadangan agensi teknikal jawatankuasa sinergi pelaburan.

“Antara cadangan adalah pembangunan bandar baharu mukim Kemumin di Kota Bharu dan mukim Senok, Bachok bernilai RM1.07 bilion serta bandar baharu seluas 125 hektar di Mukim Parit Limbat bernilai RM600 juta,”katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dari Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang ingin mengetahui perkembangan pelaburan yang masuk ke negeri ini sejak Mei tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini