'Keju manusia' dibuat daripada bakteria celah lengan selebriti - Utusan Malaysia

‘Keju manusia’ dibuat daripada bakteria celah lengan selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Satu pameran baharu di Muzium Victoria & Albert di London menampilkan lima ketul keju dibuat menggunakan bakteria yang dikumpulkan daripada kulit personaliti Britain, lapor portal ndtv.

Bakteria itu diambil daripada celah lengan, ibu kaki, pusat dan lubang hidung selebriti tersebut, demikian menurut kenyataan di laman blog muzium itu.

Walaupun kelihatan memualkan, keju itu dibuat untuk mencabar pandangan negatif orang ramai terhadap ‘makanan mikrob’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Badan manusia penuh dengan mikrob, manakala saintis-saintis menghasilkan teknik baharu untuk mengkajinya. Tanggapan bahawa mikrob seperti bakteria adalah punca penyakit atau bau busuk menutup perkara luar biasa yang dilakukannya untuk manusia,” kata pengurusan muzium itu dalam satu kenyataan.

Untuk projek tersebut yang dinamakan Selfmade, saintis-saintis ‘menuai’ bakteria daripada ahli muzik dan pembuat keju Alex James, Cef Heston Blumenthal, pemuzik rap Professor Green dan Suggs yang merupakan vokalis kumpulan Madness.

Bakteria yang diambil kemudian dibiakkan di dalam makmal sehingga jumlahnya mencukupi untuk digunakan bagi menghasilkan keju.

Keju yang dihasilkan pula dikaji di dalam makmal untuk menentukan jenis bakteria dan sama ada ia selamat untuk dimakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini