LONDON – Satu pameran baharu di Muzium Victoria & Albert di London menampilkan lima ketul keju dibuat menggunakan bakteria yang dikumpulkan daripada kulit personaliti Britain, lapor portal ndtv. Bakteria itu diambil daripada celah lengan, ibu kaki, pusat dan lubang hidung selebriti tersebut, demikian menurut kenyataan di laman blog muzium itu. Walaupun kelihatan memualkan, keju itu dibuat untuk mencabar pandangan negatif orang ramai terhadap ‘makanan mikrob’. “Badan manusia penuh dengan mikrob,…










