Kegembiraan penyokong Liverpool - Utusan Malaysia

Kegembiraan penyokong Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Ribuan penyokong Liverpool meraikan kejuaraan kelab kesayangan mereka dan menyarung jersi berwarna merah sambil berjalan di kota Madrid selepas The Reds meraih kemenangan 2-0 menewaskan Tottenham dalam saingan akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Kesemua mereka dilihat keluar daripada Stadium Wanda Metropolitano dengan kegembiraan dan kemenangan ke atas Spurs membolehkan Liverpool menjulang trofi berprestij itu buat kali keenam.

“Sukar dipercayai kami berjaya melakukannya lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang telah kelab, pemain dan penyokong lakukan semuanya kini dirasai bersama.

“Tahun lepas kami pulang dengan kekecewaan namun pada hari ini semuanya berubah kerana kami memenanginya,” kata salah seorang penyokong Liverpool, Craig Williams yang datang ke Madrid dari Liverpool.

Ada sesetengah penyokong juga didengar melaungkan ayat ‘enam kali, enam kali, enam kali’ ketika memenuhi laluan keluar stadium manakala kebanyakan mereka berjalan sambil menyanyikan lagu ‘juara’ menuju ke stesen metro. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini