Keenakan sup kepala ikan dan teh ais madu asli Warung Pak Mat Pulau Pisang memang mempunyai keunikannya tersendiri sementelah menggunakan ramuan asli yang diwarisi oleh keluarga pemiliknya, Nik Mohd. Noor Mohamad yang juga dikenali sebagai Pak Mat. Warga Lembah Klang yang pernah merasai hidangan tersebut di Kota Bharu, Kelantan pasti merinduinya keenakannya, namun kini tidak perlu menghabiskan duit minyak kereta untuk ke negeri Pantai Cahaya Bulan (PCB) bagi menikmati hidangan…









