SUNGAI SIPUT – Sebuah kedai makan di kawasan Sungai Buluh di sini semalam diserbu polis selepas dipercayai dijadikan tempat menjalankan aktiviti judi lumba kuda haram. Dalam serbuan Ops Dadu Bookie Kuda kira-kira pada pukul 3.30 petang itu, polis menahan pemilik restoran yang merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun. Turut ditahan 30 lelaki dan tiga perempuan yang merupakan ejen dan pemain pertaruhan. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kesemua tangkapan berusia dalam linkungan umur 40 hingga 77 tahun dan bekerja sendiri. “Polis turut merampas barang-barang yang digunakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya