Kedai emas di Kluang disamun dua lelaki bersenjatakan tukul besi - Utusan Malaysia

Kedai emas di Kluang disamun dua lelaki bersenjatakan tukul besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sebuah kedai emas di Jalan Station dekat Bandar Kluang disamun dua lelaki bersenjatakan dua tukul besi dalam kejadian 2.55 petang ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, semasa kejadian, terdapat empat pekerja dan seorang pelanggan di dalam kedai sebelum suspek datang dan bertindak memecahkan cermin pameran.

Menurutnya, suspek kemudian mengambil pelbagai barangan kemas seperti rantai leher, gelang serta loket emas sebelum melarikan diri menaiki motosikal jenis Honda EX5 biru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pusat Kawalan Kluang dimaklumkan mengenai kejadian pada 2.55 petang melalui talian MERS 999.

“Suspek merupakan dua lelaki memakai topi keledar berwarna biru dan merah, berpakaian hitam serta berbadan kurus dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KEADAAN kedai emas yang disamun dua lelaki bersenjatakan tukul besi di Jalan Station di Kluang, Joho
KEADAAN kedai emas yang disamun dua lelaki bersenjatakan tukul besi di Jalan Station di Kluang, Johor. – UTUSAN ONLINE

Mohd. Abduh berkata, jumlah kerugian masih belum dapat diketahui.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana rompak berkumpulan dan dengan bersenjata.

Justeru, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd. Hafizzam Semain di talian 018-942 3770 atau talian hotline Ibu pejabat Polis Daerah Kluang 07-7784222 bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini