Kebakaran hutan 
di Riau berulang - Utusan Malaysia

Kebakaran hutan 
di Riau berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 25 Jun – Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Pekanbaru mengesan sebanyak lima titik panas yang menunjukkan berlakunya kebakaran hutan dan tanah di empat daerah di wilayah Riau.

CNN Indonesia yang memetik Ketua BMKG Pekanbaru, Sukisno sebagai berkata, titik panas itu direkodkan menerusi penelitian Satelit Aqua dan Terra Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan semalam.

“Dua daripada titik panas itu dikesan di Bengkalis dan masing-masing satu di Siak, Rokan Hilir dan Pelalawan yang berpotensi menyebabkan lebih banyak kebakaran dan menyebarkan asap ke kawasan le­bih luas,” katanya, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sukisno menambah, dua titik panas yanga dikesan di Bengkalis mempunyai tahap boleh dipercayai antara 50 peratus dan 60 peratus.

Dalam pada itu di Pelalawan katanya, kemunculan titik panas boleh dilihat di mukim Kuala Kampar, manakala titik panas di Rokan Hilir pula dikesan di Bagan Sinembah dan titik panas Siak dikesan di mukim Siak Sri Indrapura.

Beliau menjelaskan, satu daripada lima titik panas yang dikesan itu disahkan sebagai titik api dengan tahap boleh dipercayai berlaku kebakaran melebihi 70 peratus.

“Satu lagi titik panas yang dikenalpasti menerusi satelit ditemui di Bagan Sinembah, daerah Rokan Hilir dengan tahap kepercayaan 100 peratus,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Riau, Edwar Sanger berkata, lebih 3,000 hektar hutan di Riau terbakar pada tahun ini dengan kebakaran terbesar berlaku di Bengkalis, Dumai, Rokan Hilir, Meranti dan Siak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini