Keadaan kesihatan Tun Abdullah baik - Utusan Malaysia

Keadaan kesihatan Tun Abdullah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada dalam keadaan sihat dan masih aktif memenuhi jemputan daripada pelbagai pihak.

TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI 

Pegawai Khasnya, Datuk Jefridin Atan berkata, meskipun Tun Abdullah sudah berusia 80 tahun namun beliau masih mampu menghadiri program yang melibatkan Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi).

“Terbaru, Tun Abdullah akan menghadiri forum tentang Ketamadunan Islam di Asia yang akan diadakan di Sepanyol pada 5 September depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cuma hari ini beliau tidak dapat bersama kita pada sambutan Aidilfitri anjuran Legasi kerana keuzuran mungkin keletihan melayan tetamu yang berkunjung ke rumahnya. Namun keseluruhannya, keadaan kesihatan Tun (Abdullah) dalam keadaan baik,” katanya kepada media di sini hari ini.

Jefridin yang juga Pengerusi Legasi berkata, pada hari ini pertubuhan itu turut meraikan 40 anak yatim dari pusat jagaan anak yatim dan miskin Rumah Rukayyah Sungai Merab, Bangi.

Kumpulan anak yatim tersebut turut menerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan harian yang disampaikan anak Tun Abdullah, Tan Sri Kamaludin.

Legasi merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang selain membantu golongan yang memerlukan, turut menganjurkan program-program bersifat ilmiah dan advokasi seperti forum, simposium dan syarahan umum dalam dan luar negara. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini