Karnival Jelajah 360 MPKj padat acara menarik - Utusan Malaysia

Karnival Jelajah 360 MPKj padat acara menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menjemput orang ramai khususnya penduduk di kawasan pentadbiran itu untuk memeriahkan Karnival Jelajah 360 #SmartSelangor 2019 di Stadium Kajang dekat sini bermula Jumaat hingga Ahad ini.

–

MPKj dalam kenyataannya berkata, program yang bermula pada pukul 4 petang hingga 12 malam (hari pertama) dan 8 pagi hingga 12 malam (hari seterusnya) itu akan dipenuhi pelbagai atur cara menarik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antaranya adalah Pesta Durian yang menawarkan harga berpatutan kepada pengunjung untuk menikmati Raja Buah berkenaan.

Orang ramai juga berpeluang membeli-belah di lokasi penganjuran sempena Smart Bazaaria yang menghimpunkan peniaga pakaian dan makanan.

Selain itu, program turut dimeriahkan dengan penampilan figura kegemaran kanak-kanak melalui Slot Bersama Bumblebee dan Ultraman.

Program lain termasuk Kenali KDEB Waste Management; Program Jurutera Apprentice, Konsert Alam #SmartSelangor; Hijrah Selangor; Zumbathon, Smart Busker dan Bicara Ilmu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini