KUALA LUMPUR – Penyandang, Datuk Karim Ibrahim dicabar timbalannya sendiri, Datuk S. M. Muthu bagi merebut jawatan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bagi penggal 2019-2022.
Sehingga borang pencalonan ditutup pada pukul 5 petang ini, Datuk Seri Shahidan Kassim turut menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden.
Bekas presiden KOM yang juga merupakan presiden Persatuan Renang Malaysia (ASUM) itu bakal dicabar naib presiden KOM yang juga bekas atlet, Datuk Mumtaz Jaafar.
Bagi jawatan naib presiden, lapan calon menawar diri untuk bertanding iaitu dua penyandang, M. Iyaru (Perlis) dan Datuk R. Annamalai (Pahang), selain Rajemah Sheikh Ahmad (Terengganu), Mohamad Awang, V. Mathivanan (Johor), Josephine Kang (Sarawak), Fadzil A. Bakar (Melaka) serta William Ling (Negeri Sembilan).
Pemilihan akan diadakan pada 30 Jun ini. UTUSAN ONLINE











