Kanu intai tiket Olimpik 2020 - Utusan Malaysia

Kanu intai tiket Olimpik 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim mahu kejayaan diraih skuad negara dalam Kejuaraan Kanu Asia Tenggara 2019 di Pattaya Thailand menaikkan motivasi atlet sukan berkenaan untuk memburu slot ke Sukan Olimpik buat kali pertama.

Skuad kanu negara meraih pingat emas buat kali pertama dalam kejohanan berkenaan selepas hampir 22 tahun menerusi Ahmad Nuqman hadi Ayub dan Hafizudin Nordin dalam acara K2 500 meter(m) lelaki di Pattaya, Thailand.

Kata Steven, kejayaan diraih skuad kanu itu amat luar biasa dan berharap ia mampu diteruskan pada masa akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah pingat emas pertama buat kanu malah ia adalah rekod buat sukan sejak badan induk mereka di tubuhkan di negara ini.

“Saya juga harap misi mereka selepas ini untuk memburu kelayakan ke Sukan Olimpik buat kali pertama sejak 1994 mampu tercapai.

“Kami diperingkat Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara pastinya akan membantu mereka mencapai tahap terbaik begitu juga buat sukan-sukan lain,” katanya.

Ia adalah pencapaian terbaik pernah diraih kem kanu negara di peringkat Asia Tenggara selepas kali terakhir memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 1997.

Selain itu, kontinjen negara turut meraih tiga pingat perak dan sembilan gangsa dalam kejohanan tersebut.

“Tahniah saya ucapkan buat mereka, jurulatih serta MASCA (Persatuan Kanu Malaysia) yang diterajui Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin,” kata Steven lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini