KOTA BHARU – Kesediaan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah untuk memikul tanggungjawab mengemudi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) disambut baik oleh ahli gabungan badan induk itu. Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Tanah Merah Kamarudin Mohamad berkata, kesediaan itu memperlihatkan komitmen tokoh berkenaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut. “Saya ucapkan terima kasih kepada beliau (Wan Abdul Rahim) kerana sanggup menawarkan diri untuk jawatan tersebut walaupun sedar bakal berdepan tugas sukar,” katanya. Utusan Malaysia semalam melaporkan nama Wan Abdul Rahim antara yang disebut-sebut bakal mengemudi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya