JELEBU – Seorang Pembantu Pegawai Penyelidikan Lembaga Getah Malaysia (LGM) maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dan sebuah lori pengangkut sampah milik SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) di Kilometer 49 Jalan Seremban – Simpang Pertang dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Mohd. Fairuz Fazli Mohd. Ibrahim, 42, yang beralamat di Taman Serting Jaya, Bahau disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pembantu Pegawai…










