Kaki tersepit pedal basikal - Utusan Malaysia

Kaki tersepit pedal basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan kira-kira 15 minit apabila kaki kirinya tersepit pada pedal basikal dalam kejadian di Taman Bukit Subang, Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 7.01 malam dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.


“Sebaik sahaja di lokasi, pihak bomba mendapati kaki kanak-kanak berusia 11 tahun itu tersepit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menggunakan peralatan khas untuk merenggangkan pedal pengayuh dan besi pada rangka basikal sebelum mengeluarkan kaki mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Hafisham, pemeriksaan lanjut mendapati kanak-kanak itu hanya cedera ringan dengan kesan bengkak di buku lali.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini