KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) mengesa Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melakukan Kongres Agung Luar Biasa (EGM) secepat mungkin bagi membolehkan pemilihan presiden dan barisan exco baharu dilakukan selepas peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan sebagai presiden persatuan itu. Wakil PBJ, Kamarudin Mohamad berkata, pihaknya mahu EGM itu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan persatuan tersebut mendapat kesan yang lebih parah. “EGM perlu diadakan dengan segera oleh kerana…










