TURIN – Pemain tengah Juventus, Miralem Pjanic menjangkakan juara Serie A itu akan melantik jurulatih ‘hebat’ walaupun sedang dikaitkan dengan pengendali Chelsea, Maurizio Sarri.
Dilaporkan, Sarri diberi kebenaran untuk meninggalkan Chelsea bagi membolehkan dia menggantikan Massimiliano Allegri dengan kontrak tiga tahun di Turin.
Allegri membantu Juventus merangkul lima kejuaraan Serie A sebelum mengambil keputusan meninggalkan gergasi Itali itu pada penghujung musim ini dan Pjanic tidak bimbang dengan masa depan kelab itu.
“Kami sama sekali tidak bimbang, Juventus akan kekal kuat seperti sebelum ini.
“Saya gembira untuk beraksi menentang Itali di Turin. Saya fikir kad merah ketika menentang Greece adalah tidak adil tetapi mereka mengambil keputusan untuk melepaskan saya daripada hukuman.
“Saya memang mahu beraksi menentang Itali di stadium saya.
“Saya tegaskan bahawa saya tidak bimbang dengan Juventus. Mereka akan umumkan pengendali baharu. Semua tahun jurulatih baharu kami adalah yang terhebat, sudah pasti,” kata pemain Bosnia itu yang akan berdepan Itali untuk aksi Kelayakan Euro 2020.
Stadium Allianz milik Juventus akan menjadi venue pertemuan di antara Itali dan Bosnia.-AGENSI











