SHAH ALAM – Walaupun wujud santan segera di pasaran, santan segar masih mendapat permintaan yang begitu tinggi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini. Ini berikutan santan segar memberikan rasa lebih segar dan lebih lemak pada masakan. Seorang peniaga, Hilmie Karim, 60, berkata, permintaan terhadap bahan masakan itu mencecah jualan sehingga 1,500 biji sehari berbanding 300 biji pada hari biasa. Katanya, kebanyakan stok kelapa diperoleh menerusi kelapa import berbanding kepala tempatan. “Ada…









