Jualan kenderaan Malaysia naik 41% - Utusan Malaysia

Jualan kenderaan Malaysia naik 41%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Jumlah kenderaan dijual di Malaysia naik seba­nyak 17,803 buah kepada 60,780 buah, peningkatan 41.42 peratus tahun ke tahun pada Mei 2019 berbanding 42,977 buah kenderaan dijual tahun lepas.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), volum jualan bulan ke bulan mening­kat sebanyak 22 peratus atau 10,816 buah kenderaan susulan kempen promosi musim perayaan Hari Raya.

Katanya, Mei 2019 menyaksikan 55.914 buah kenderaan penumpang yang dijual lebih tinggi berbanding dengan 40,215 buah kenderaan yang dijual pada bulan sama tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sementara itu, jualan kenderaan komersial meningkat kepada 4,866 buah daripada 2,762 buah kenderaan pada Mei 2018.

“Setakat ini, jumlah jualan kenderaan meningkat seba­nyak 12.73 peratus atau 28,674 buah kepada 253,808 kende­raan, daripada 225,134 buah kenderaan dalam tempoh sama tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jualan kenderaan penum­pang meningkat kepada 232,362 buah daripada 203,214 buah sementara jualan kende­raan komersial susut kepada 21,446 buah daripada 21,920 buah.

Dari segi bilangan kereta yang dikeluarkan, MAA berkata, Mei menyaksikan peningkatan tahun ke tahun seba­nyak 18.27 peratus atau 7,953 buah kepada 51,482 buah, dari­pada 43,529 buah yang dikeluarkan tahun lepas.

“Pengeluaran kenderaan penumpang pada Mei meningkat 48,650 buah daripada 40,720 buah, manakala pengeluaran kenderaan komersial meningkat kepada 2,823 buah daripada 2,809 buah tahun lepas.

“Jumlah jualan bagi Jun 2019 dijangka menjadi lebih rendah dari Mei 2019 kerana bulan kerja yang pendek,” kata MAA.

Jumlah
kenderaan dijual di Malaysia naik sebanyak

17,803 buah

pada Mei 2019

Ia menjadikan jumlah kenderaan kepada

60,780 buah

setakat ini

Berbanding 42,977 buah kenderaan dijual tahun lepas

Volum
jualan bulan ke bulan meningkat sebanyak 22%

atau 10,816 buah kenderaan susulan kempen promosi musim perayaan 
Hari Raya

Jumlah jualan

Jun 2019

dijangka menjadi lebih rendah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini