IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri meningkatkan penguatkuasaan dan rondaan di sekitar Terowong Menora dan Gua Tempurung di sini setelah kawasan itu dikenal pasti kerap berlaku kemalangan. Pengarah JPJ Perak, Severinus Tukah berkata, penguatkuasaan dan rondaan dilaksanakan terutamanya kenderaan perdagangan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya pada musim perayaan. Menurutnya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam perbincangan sebelum ini menyarankan JPJ meningkatkan penguatkuasaan di kawasan kerap…










