Joo Ven juara Siri Antarabangsa Malaysia - Utusan Malaysia

Joo Ven juara Siri Antarabangsa Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Malaysia selepas menundukkan rakan sepasukan, Cheam June Wei, sebentar tadi.

Pemain berusia 24 tahun itu beraksi cemerlang dengan menewaskan June Wei 21-13, 22-20 dalam aksi final yang berlangsung di Arena Badminton Perak, Ipoh.

Pemain yang berasal dari Ampang itu nyata gembira dengan kejayaan itu dan berharap dapat meneruskan aksi cemerlang seperti itu dalam kejohanan akan datang bagi memperbaiki kedudukan ranking.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang saya gembira dengan keputusan ini dan saya sudah lama tidak menang sebarang kejohanan.

“Dalam perlawanan ini saya banyak lakukan kesilapan mudah pada set kedua dan membuatkan June Wei berikan tekanan tetapi saya berjaya mengatasinya.

“Selepas ini saya mungkin akan beraksi di Thailand, harap saya boleh bermain dengan baik dan memperbaiki kedudukan ranking,” katanya.

Sementara itu, gandingan beregu wanita baharu negara, Pearly Tan-M. Thinaah turut merangkul kejuaraan selepas mengejutkan pilihan utama dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Ribka Sugiarto 21-16 11-21 21-18.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini