SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 14.34 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine bernilai RM717,000 menerusi dua tangkapan berbeza di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini pada Rabu dan Khamis lalu. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata, kes pertama melibatkan rampasan 6.6 kg dadah bernilai RM330,000 manakala kes kedua membabitkan 7.74 kg dadah bernilai RM387,000. Menurutnya, kedua-dua suspek…









