Jenazah empat sekeluarga dikebumikan satu liang lahad - Utusan Malaysia

Jenazah empat sekeluarga dikebumikan satu liang lahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA – Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Jalan Temerloh-Bera di sini semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Puchong hari ini.

Jenazah pasangan suami isteri, Nor Amri Mohd. Ali, 35, Siti Rahmah Abidin, 33; iparnya, Siti Zubaidah Abidin, 40, dan anak Siti Zubaidah iaitu Aqil Ziqri Shah Kamaruzaman,6 dikebumikan dalam satu liang lahad pada pukul 11 pagi ini.

Terdahulu, mayat mangsa yang dibedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dibawa keluar pada pukul 10 pagi sebelum disembahyangkan di Masjid Felda Bukit Puchong di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, empat sekeluarga yang dalam perjalanan menghadiri majlis pertunangan saudara di Serting, Negeri Sembilan maut apabila kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 51, Jalan Temerloh-Bera.

Kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu menyaksikan kereta yang dinaiki lima orang itu remuk teruk selepas berlanggar dan terperosok di bawah lori berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini