Jangan terpengaruh pihak cuba pecah belahkan UMNO dan Pas - Utusan Malaysia

Jangan terpengaruh pihak cuba pecah belahkan UMNO dan Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU – UMNO dan Pas perlu merapatkan saf agar dan tidak sesekali ‘goyang’ dengan pelbagai pihak yang pastinya berusaha untuk menggagalkan kerjasama tersebut.

Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, Noor Hairi Nor Mohammed berkata, pastinya ada pihak yang tidak senang dengan gabungan tersebut yang berpeluang besar merampas Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, di atas kertas jika kedua-dua parti tersebut bergabung, tiada masalah untuk menang selain rakyat pada masa ini sudah muak dengan kerajaan PH yang dilihat gagal mentadbir negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi kita perlu rapatkan saf antara Pas dan UMNO. Jangan kita sesekali terpengaruh dengan apa jua cubaan untuk memecah-belahkan perpaduan ummah ini.

“Saya percaya selepas ini pasti akan ada banyak serangan terhadap Pas dan UMNO dengan harapan kedua-dua parti ini berpecah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Pahang yang berakhir semalam memuktamadkan secara rasmi kerjasama politik dengan UMNO yang sekali gus mengulangi sejarah politik pada 1978.

Parti tersebut turut menetapkan empat panduan bagi menjayakan ta’awun politik dua parti terbesar orang Melayu dan Islam itu yang antaranya kerjasama tersebut mestilah saling hormat-menghormati dasar parti masing-masing.

Mengulas lanjut, Noor Hairi berkata, kerjasama UMNO dan Pas dilihat baik dan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

“Malah di peringkat akar umbi juga sudah mula menerima kerjasama ini dan diharapkan ia akan berterusan,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini