INSIDEN pencemaran industri yang terjadi buat kali kedua di kawasan Pasir Gudang, Johor amat dikesali. Masyarakat menuntut keberanian pihak berkuasa untuk lebih tegas dalam menangani isu ini memandangkan risiko terhadap nyawa. Ironinya, insiden pada 20 Jun lalu terjadi belum pun sempat tertuduh pada kejadian pertama di kawasan sama 7 Mac lalu dijatuhi hukuman. Lebih mengecewakan, jumlah wang jaminan tertuduh diturunkan serta dibenar ikat jamin yang jelas menunjukkan kelembutan hati apabila…










