Jaga bapa sakit terlantar tapi jual dadah - Utusan Malaysia

Jaga bapa sakit terlantar tapi jual dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki berusia 37 tahun yang tinggal dengan bapanya yang terlantar akibat strok diberkas polis semalam kerana menjadikan kediamannya untuk menyimpan sejumlah dadah.

Suspek yang bekerja di kilang membuat keropok itu dipercayai mengambil upah menyimpan bahan terlarang itu selain dijual kepada pelanggan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Alaudeen Abdul Majid ketika mengesahkan mengenainya berkata, pihaknya percaya upah serta pendapatan yang diperolehi suspek bagi menanggung kos rawatan dan keperluan bapanya yang terlantar sakit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau memberitahu, lelaki terbabit ditangkap dalam serbuan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri di sebuah rumah di Jalan Losong Haji Su di sini semalam.

Katanya, ketika diserbu terdapat dua lelaki di dalam rumah itu iaitu suspek bersama bapanya yang terlantar akibat diserang angin ahmar.

Setelah diperiksa, jelasnya, polis menemui enam biji pil berwarna merah disyaki pil kuda atau methamphetamine selain tiga botol plastik berisi dadah jenis heroin di ruang tamu.

“Susulan itu, kita jumpa sebuah beg berisi 13 botol plastik di dalam almari yang dipercayai mengandungi dadah jenis heroin.

“Kita jumpa lagi 40 peket plastik berisi pil merah dipercayai pil kuda atau methamphetamine serta sembilan peket plastik berisi ketulan mampat dipercayai kanabis,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini