PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor enggan mengulas mengenai cadangan membawa masuk tenaga kerja dari Afrika dalam sektor perladangan ke negara ini. Menurut beliau, perkara itu hanya cadangan dan belum lagi sebarang keputusan dibuat mengenainya. “Itu cadangan sahaja, belum ada keputusan lagi dan tiada komen,” katanya dengan ringkas dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Kejohanan Kuda Lasak Piala Ketua Polis Negara di Taman Ekuestrian di sini hari…










