Isuzu perluas barisan trak komersial - Utusan Malaysia

Isuzu perluas barisan trak komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jun – Isuzu Malaysia memperkukuhkan lagi kedudukan jenama trak melalui pengenalan barisan model dan varian bagi trak Elf dan Forward terbaharu yang dipercayai sejak awal kerana kecekapan dan ketahanannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura berkata, barisan trak itu akan mula dijual untuk pasaran tempatan pada suku ketiga 2019 dan dijangka me­ningkatkan lagi perhatian terhadap jenama.

“Isuzu Malaysia akan mempunyai 19 varian bagi model Elf yang merangkumi versi empat roda, enam roda, 4×4 dan Crew-Cab menjadikannya barisan jentera komersial dengan pilihan paling banyak dalam pasaran ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan pilihan yang banyak ini, pelanggan atau pengendali trak boleh memilih trak Isuzu yang paling menepati keperluan operasi perniagaan mereka ­terus dari pengeluar, berban­ding terpaksa membeli trak siap yang tidak bersesuaian untuk tujuan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dikenali sebagai operator trak di seluruh dunia untuk jentera kerja yang dipercayai serta berprestasi tinggi dengan kos penggunaan dan penyelenggaraan rendah, Isuzu Elf juga me­ru­pakan satu daripada trak yang mampu memberi kepelbagaian penggunaan dalam pasaran, menawarkan 11 va­rian berbeza bersesuaian dengan keperluan pelanggan yang le­bih meluas.

Bagi memenuhi keperluan perniagaan yang banyak menggunakan pengangkutan di dalam bandar dengan ke­adaan trafik sesak, model trak yang dilengkapi dengan ciri Smoother, iaitu varian dengan Automated Manual Transmission (AMT) enam-kelajuan turut ditawarkan dalam pasaran.

Menawarkan manfaat penuh sistem transmisi automatik dengan daya tahan dan kos yang rendah seperti transmisi manual, ‘Smoother’ memberi banyak kelebihan, misalnya dengan cara mengelakkan kehilangan tenaga akibat penyusutan hidraulik.

Isuzu Malaysia turut memperkenalkan tiga varian Crew-Cab dalam barisan 2019 ini. Secara keseluruhannya ada empat model dalam segmen berkenaan, pengguna yang beroperasi di dalam industri perkhidmatan akan mendapati bahawa adalah lebih mudah untuk mengangkut tenaga kerja dan barangan mereka dengan lebih cekap dan selamat menggunakan trak Isuzu jenis ini.

Bagi barisan trak Forward, model FVR34 kini berkapasiti GVW sebanyak 19 tan, lebih tinggi berbanding kapasiti 18 tan ketika ini. Kapasiti muatan yang dipertingkatkan ini tidak hanya membolehkan pengendali untuk memaksimumkan kapasiti setiap kali perjalanan, ia juga dapat mengurangkan kos pengangkutan secara keseluruhan.

Selain itu, pengendalian mudah barisan trak Forward menjadikannya sangat sesuai untuk pengangkutan antara bandar tanpa perlu untuk memunggah muatan ke dalam kenderaan lebih kecil bagi tujuan agihan penghantaran seterusnya.

Kapasiti gandar depan juga telah dipertingkatkan kepada 7,500 kg, menyumbang kepada kapasiti muatan keseluruhan yang lebih baik.

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini