JOHOR BAHRU – Ibu kepada pelajar perempuan yang dirotan guru lelaki kerana mengejek cikgu pondan menarik balik laporan polis yang dibuatnya hari ini. Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. sebentar tadi. “Ibu pelajar tersebut telah menarik balik laporan yang dibuatnya sehari selepas laporan dibuat,” katanya ringkas. Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, satu pertemuan antara mereka telah diatur…










