Isu rotan: Guru dan pelajar adakan pertemuan esok - Utusan Malaysia

Isu rotan: Guru dan pelajar adakan pertemuan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI  – Isu guru lelaki merotan pelajar perempuan selepas mengejeknya sebagai cikgu pondan baru-baru ini akan diselesaikan dengan cara baik tanpa mengambil tindakan undang-undang.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, satu pertemuan antara mereka telah diatur bersama-sama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, esok. 

“Isu ini sudah hampir selesai dan semua pihak terlibat iaitu guru berkenaan, pelajar dan ibu bapanya serta PIBG sekolah telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan, esok. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan cari jalan penyelesaian terbaik buat kedua-dua pihak, bagi mendapatkan situasi menang-menang. Sekiranya boleh tidak perlu melibatkan tindakan undang-undang,” katanya 

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Surat Tawaran Program Sistem Latihan Dual Nasional anjuran Unit Strategik Modal Insan Johor, di sini hari hari ini.

Kosmo! Online melaporkan satu rakaman video menunjukkan seorang wanita tidak berpuas hati selepas anaknya didakwa dirotan guru lelaki akibat mengejek sebagai cikgu pondan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini