ISKANDAR PUTERI – Isu guru lelaki merotan pelajar perempuan selepas mengejeknya sebagai cikgu pondan baru-baru ini akan diselesaikan dengan cara baik tanpa mengambil tindakan undang-undang. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, satu pertemuan antara mereka telah diatur bersama-sama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, esok. “Isu ini sudah hampir selesai dan semua pihak terlibat iaitu guru berkenaan, pelajar dan ibu bapanya…










