JAKARTA 1 Jun – Isteri kepada bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) iaitu Ani Yudhoyono dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi. Lapor Detik News, perkhabaran sedih itu disampaikan oleh ahli politik parti Demokrat, Andi Arief. Ani menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Nasional (NUH) di Singapura pada pukul 11.50 pagi waktu Singapura. “Innalillahi wainnailaihi rojiun. Semoga Allahyarhamah husnul khotimah,” tulis Andi di akaun Twitter miliknya. Ani telah menjalani rawatan penyakit…