Inkues Mohammad Adib: Timbalan pendakwa raya baharu akan dilantik - Utusan Malaysia

Inkues Mohammad Adib: Timbalan pendakwa raya baharu akan dilantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang timbalan pendakwa raya yang baharu akan dilantik dalam prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim bagi mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan itu dibuat selepas hasil perbincangan menerusi pertemuan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas.

“Peguam Negara juga telah secara wajarnya memutuskan bahawa timbalan pendakwa raya yang dilantik kelak akan menerima pakai kesemua bukti dan hujahan yang dikemukakan terdahulu dalam Mahkamah Koroner oleh peguam Syazlin Mansor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah termasuk keterangan Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, Syazlin menarik diri daripada mewakili kementeriannya dan JBPM dalam prosiding inkues berkenaan.

Zuraida berkata, timbalan pendakwa raya yang menggantikan Shazlin akan bertindak bebas daripada pegawai yang menjalankan inkues tersebut.

“Kami berharap agar tindakan ini akan menghentikan sebarang spekulasi tidak berasas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan berharap agar inkues ini dapat diteruskan dengan baik tanpa gangguan

“Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada Shazlin atas khidmat peguam berkenaan yang dilakukan secara percuma,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini