LONDON – David Silva mengesahkan musim depan adalah yang terakhir buatnya bersama Manchester City. Pemain tengah itu kini menuju ke musim ke-10 dengan juara Liga Perdana Inggeris itu selepas berhijrah dari Valencia pada 2010. Pemain Sepanyol itu, yang menjadi tulang belakang dalam mengubah kelab tersebut menjadi salah sebuah pasukan terbaik di Eropah berkata, tiba masanya untuk dia keluar dari Stadium Etihad selepas merangkul empat gelaran liga, dua Piala FA dan…










