Ini ‘perjanjian syaitan’ – Penunjuk perasaan - Utusan Malaysia

Ini ‘perjanjian syaitan’ – Penunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH 25 Jun – Penduduk Palestin bertindak membakar potret Pre­siden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika demonstrasi di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza bagi membantah Pelan Ekonomi yang dibentangkan oleh White House.

Lapor Reuters, kumpulan perniagaan Palestin menegaskan sidang ekonomi yang berlangsung di Bahrain itu perlu diboikot.

Sesetengah penunjuk perasaan membakar lukisan Trump yang tertulis perkataan ‘ini perjanjian syaitan’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Tebang Barat pula, penunjuk perasaan mengangkat poster menyokong Presiden Mahmoud Abbas selain membakar gambar Trump.

“Sidang di Manama adalah pertunjukan komedi, perkahwinan tanpa ada pasangan pe­ngantin (Palestin), ini tidak akan berjaya,” jerit seorang penunjuk perasaan, Siham di Gaza City.

Bagi Mahmoud Barhoush pula, dia tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis dengan tindakan ‘khianat’ beberapa negara Arab yang menghadiri sidang berkenaan.

Penunjuk perasaan lain turut mengecam tindakan seorang ahli perniagaan Palestin yang dinamakan sebagai antara tetamu dalam sidang itu.

“Sesiapa yang menghadirinya bukanlah orang Palestin dan tidak dialu-alukan di sini,” jelas aktivis Fatah, Maisoon Alqadoomi.

Dalam pada itu, Penasihat Kanan Trump, Jared Kushner menyatakan sukar untuk menyelesaikan konflik Palestin-Israel dengan mengguna pakai perjanjian ‘Inisiatif Keamanan Arab’.

“Saya fikir kita semua perlu mengiktiraf sekiranya wujudnya perjanjian, ini tidak akan selari dengan Inisiatif Keamanan Arab. Ini di antara Inisiatif Keamanan Arab dan kedudukan Israel,” jelas Kushner kepada al-Jazeera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini