LONDON – Lionel Messi akui persembahannya dalam saingan Copa America sehingga kini bukan di tahap terbaik, namun menyifatkan kemaraan Argentina di separuh akhir adalah paling penting. Argentina bakal membuat perhitungan besar menentang tuan rumah Brazil selepas menundukkan Venezuela 2-0 di Maracana, hari ini. Messi bagaimanapun sekadar menjaringkan sekali sepanjang empat perlawanan bersama Argentina dalam kejohanan itu, dan jaringannya hadir menerusi sepakan penalti ketika berdepan Paraguay dalam peringkat kumpulan. Bintang Barcelona…










