NEW DEHLI 22 Jun – India akan melencongkan semua penerbangan bagi mengelakkan daripada menggunakan ruang udara dikawal Iran selepas Agensi Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengeluarkan nota amaran.
AFP yang memetik jurucakap Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Dhananjay Kumar sebagai berkata, ia adalh susulan ketegangan politik di rantau Teluk, selepas Iran menembak jatuh sebuah dron tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan peluru berpandu darat ke udara yang mencetuskan ancaman keselamatan yang serius kepada pesawat komersial di ruang udara tersebut. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











