IMBUHAN yang menanti para pemain Kedah bakal menjadi topik perbincangan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sekiranya skuad Helang Merah itu berjaya menempah slot ke final seterusnya menjuarai trofi dalam kempen Piala FA musim ini. Jaminan tersebut diutarakan Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris sebelum skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu turun pada aksi timbal balik kedua separuh akhir dengan Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada…










