KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran syarikat hartanah, IJM Land Berhad di empat kawasan perumahannya iaitu Riana Dutamas, Alam Suria Enclave, Seremban 2 dan Bandar Rimbayu.
IJM Land Berhad dalam satu kenyataan memberitahu, rumah terbuka Riana Dutamas akan diadakan pada 16 Jun diikuti pada 22 Jun di Alam Suria Enclave manakala di Seremban 2 dan Bandar Rimbayu masing-masing pada 30 Jun ini.
“Rumah terbuka ini diadakan bagi meraikan kepelbagaian kaum dalam kalangan rakyat Malaysia sekali gus dapat menyatukan keluarga serta sahabat handai.
“Selain dijamu dengan pelbagai juadah hari raya, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis jemputan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











