Identiti 4 warga Myanmar tertimbus tanah runtuh dikenal pasti - Utusan Malaysia

Identiti 4 warga Myanmar tertimbus tanah runtuh dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Identiti kesemua mangsa warga Myanmar yang maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Lost Paradise Hotel, Jalan Batu Ferringhi di sini Selasa lalu sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mereka ialah Mg Seng Pya dan Mg Htwe masing-masing berusia 38 tahun dan Nai Cho Inn dan Aung Tun Aye masing-masing berusia 49 tahun.

Difaham, mayat mangsa kejadian itu akan diserahkan kepada Kedutaan Myanmar bagi urusan membawa pulang ke negara berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.25 malam Selasa lalu, kesemua warga Myanmar itu sedang bekerja membina tembok penahan tanah di hotel berkenaan sebelum secara tiba-tiba berlaku runtuhan tanah yang menimbus mereka.

Mayat kesemua mangsa berjaya ditemukan selepas usaha mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dengan mayat terakhir berjaya dibawa keluar kira-kira pukul 4.30 pagi hari kejadian.

Laporan awal mendapati, kerja-kerja pembinaan tembok penahan tanah itu yang bermula sejak seminggu sebelum kejadian tidak dibuat permohonan atau diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini