SUNGAI PETANI – Pendapatannya menjual pakaian secara dalam talian tidaklah seberapa, apatah lagi terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menanggung lima anaknya setelah bergelar ibu tunggal, namun kepayahan itu tidak menghalangnya membantu orang lain pula. Kemuliaan itu ditunjukkan Siti Nur Nabila Tajudin, 29, yang membuat keputusan untuk mengambil seorang wanita warga emas, Halimah Mohd. Kassim, 60, tinggal bersama dengannya walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa pertalian darah. Ujar Siti Nur…









