IBA Darul Naim cipta sejarah - Utusan Malaysia

IBA Darul Naim cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Pasukan futsal IBA Darul Naim Bawah 16 tahun dari Kelantan mencipta sejarah apabila pertama kali berjaya melayakkan diri ke Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2019 peringkat antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos ini.

Pengurus IBA Darul Naim, Dr. Mohamad Ibariyah Iberahim berkata, walaupun menduduki tempat ketiga dalam Grand Final semalam di Subang Sport Planet, Selangor namun

membolehkan pasukannya layak dan turut membawa pulang wang tunai RM7,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sebanyak 32 pasukan beraksi dalam perlawanan Grand Final dan kejayaan itu membolehkan IBA Darul Naim memberaksi pertama kali dalam peringkat antarabangsa.

“Kami sedaya upaya memberi saingan serta cabaran kepada pasukan-pasukan yang layak bersama dan mereka semua merupakan pasukan ternama di Malaysia dan luar negara

“Antaranya adalah pasukan Arena Erynis, Vietnam, Thailand, Ally FT, PFA Kit Odin, Indonesia dan Korea Selatan, “ katanya di sini hari ini.

Tambahnya , IBA Darul Naim dikendalikan oleh jurulatih Dr. Johan Nizam Bahari dan dibantu oleh dua penolongnya Mohd. Rosli Mat Ariffinserta Sufian Abdullah.

Katanya, beliau amat berpuas hati dengan komitmen tinggi yang dipamerkan semua pemainnya dan mereka membuktikan kehebatan masing-masing untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

“Pemain IBA Darul Naim kebanyakkan terdiri daripada jaguh-jaguh kampung dan saya paling teruja apabila mereka dapat menewaskan beberapa pasukan pilihan.

“Pemain telah mempamerkan bakat tersendiri dengan kepantasan, kawalan bola baik, kemahiran individu serta idea bernas untuk mencipta jaringan dan kemenangan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini