PUTRAJAYA – Jumlah hutang dan liabiliti kerajaan berjumlah RM1.1 trilion atau 75.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara setakat akhir 2018. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kedudukan hutang dan liabiliti kerajaan itu diteliti secara menyeluruh menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hutang (JPH) dipengerusikan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam dengan mengambil kira obligasi tunai dan komitmen kewangan jangka masa panjang. Kenyataan itu memberitahu, jumlah tersebut berikutan peningkatan hutang…









