PARIS – Hujan lebat di Roland Garros memaksa semua perlawanan suku akhir kejohanan tenis Terbuka Perancis hari ini ditunda. Ini merupakan kali ketiga sejak 2016 dan 2000 semua perlawanan Terbuka Perancis dibatalkan akibat hujan. Keputusan tersebut menyebabkan pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic dan juara bertahan perseorangan wanita, Simona Halep terpaksa menunggu sehingga esok untuk turun beraksi. Perlawanan separuh akhir pula akan berlangsung pada Jumaat. – AFP










